Monday, March 7, 2011

58 APLIKASI GOOGLE (ANDROID) DIBUANG


Google android telah meneliti semula semua aplikasi yang dimasukkan ke dalam senarainya. Ini adalah kerana terdapat 58 aplikasi yang telah dibuang kerana dikesan merbahaya dan boleh menyebabkan maklumat peribadi dibuka oleh individu lain. Aplikasi ini boleh menyedut semua data dari milik org lain kepada org yang ingin kan data tersebut. Ini boleh mendatangkan bahaya kepada individu yang mempunyai aset besar di seluruh negara. Disebabkan perkara ini, google telah mengawal setiap aplikasi yang ingin berdaftar bersama google android. Seperti yang kita sedia maklum, android merupakan OS yang sedang membangun yang cuba menyaingi Microsoft dan juga Apple. Disebabkan aplikasi android yang mudah, menyebabkan banyak syarikat telefon pintar memilih android sebagai OS mereka, seperti Sony Ericsson, HTC, Samsung dan pelbagai lagi.

Android semakin berkembang dari hari demi hari. Sehingga kini sahaja, android telah berjaya mengumpul lebih dari 60,000 aplikasi. Sehingga kini, android berjaya meningkatkan pengguna yang mendownload aplikasi mereka sebanyak 280,000. Disebabkan permintaan yang semakin meningkat, google telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk memastikan aplikasi yang berdaftar dibawah google android tidak mengancam pengguna telefon bimbit. Selain itu, google juga telah membina sejenis aplikasi dimana aplikasi yang merbahaya akan dapat dikesan oleh google android. Saya berharap android bakal menyaingi OS lain pada 2011 ini. Terima kasih.

Sony Ericsson XPERIA X10 Unlocked GSM Smartphone with 8 MP Camera, Android OS, Touch Screen, Wi-Fi and GPS--International Version with No Warranty (White)

No comments:

Post a Comment