Apple baru sahaja mengumumkan Ipad 2 yang dinyatakan bakal keluar pada tahun ini. Tarikh rasmi pengumuman Ipad telah dinyatakan seperti di bawah:
Apple telah melancarkan Ipad 2 di San Francisco pada 2/3/2011.
Perkara terbaru yang ditampilkan oleh Apple Ipad 2 ini ialah:
1. Facetime camera
2. Ipad camera
3. Apple A5 dual core chip
4. iMovie
5. Smart cover
Ipad 2 kali ini yang diwancarakan oleh Steve Job's telah mempersembahkan facetime camera. Ini bermakna, Ipad bukan sahaja menjadi gadget untuk melayari internet, membaca, dan bermain games tetapi dengan Ipad 2 ini, semua pengguna apple boleh menghubungi dengan menggunakan Ipad Facetime. Ipad juga boleh digunakan untuk video conference. Teknologi baru yang diketengahkan oleh apple telah menjadi satu fenomena pada tahun ini, dimana Ipad juga boleh digunakan menghubungi pengguna Iphone 4, dan Ipod touch 4 generation. Segala cara penggunaan boleh dipelajari di dalam laman web yang telah disediakan. Gambar di bawah menunjukkan keseluruhan gambaran Apple Ipad 2:
Ipad juga boleh digunakan untuk mengambil gambar untuk merakam kenangan manis pada masa yang kita kehendaki. Aplikasi yang diketengahkan oleh Apple kali ini lebih menarik. Ipad 2 bukan sahaja boleh menyimpan gambar sahaja, tetapi mempunyai kebolehan mengambil gambar sewaktu kita memerlukan. Dengan adanya fungsi ini, maka akan lebih mudah dan pantas untuk setiap pengguna Ipad untuk upload gambar ke dalam internet dan lama sosial.
Selain itu, Apple juga telah membangunkan chip mereka yang dikenali Apple A5 dual core. Microchip ini telah digunakan oleh Apple untuk menghasilkan Ipad 2. Dengan chip ini, Ipad 2 memjadi lebih pantas ketika menggunakan dua aplikasi secara serentak. Ini lagi sekali telah menaikan jenama Apple sebagai jenam terkemuka. Saya pasti semua pengguna Apple Ipad 2 akan merasa lebih puas dengan Ipad 2.
Apple juga menyenaraikan aplikasi terbaru didalam software mereka yang dikenali sebagai "iMovie". Dengan iMovie ini, Ipad 2 boleh digunakan untuk mengubah video dan menyusun video dengan cara yang pengguna kehendaki. Dengan Ipad 2 ini, pelbagai aplikasi bakal dikeluarkan oleh Apple pada masa akan datang. Adalah menakjubkan bagi Apple kerana dapat mengeluarkan Ipad 2 dalam masa setahun selepas Ipad dilancarkan pada tahun 2010. Kepada sesiapa yang menggemar mengubah video, maka Ipad 2 merupakan gadget yang berbaloi untuk dimiliki.
Tidak ketinggalan juga, Apple juga telah menghasilkan cover Ipad 2 yang menakjubkan yang dipanggil "Smart Cover". Kali ini para pengguna tidah perlu risau sama ada Ipad mereka akan calar atau tidak. Apa yang menakjubkan dengan Smart cover ini ialah, ianya boleh digunakan sebagai dect untuk meletakkan Ipad 2 dengan lebih mudah dan selesa. Ianya ringan dan senang dibawa bersama Ipad 2. Bagi peminat yang ingin membeli Ipad lama, harga Ipad telah diturunkan kerana Apple cuba memperkenal kan Ipad 2. Maka harga bagi Ipad lama adalah seperti dibawah:
Ipad (Wifi)
16GB = RM1199
32GB = RM1499
64GB = RM1799
Ipad (3G+Wifi)
16GB = RM1599
32GB = RM1899
64GB = RM2199
dengan penurunan harga Ipad lama, maka peminat boleh memilikinya dengan harga yang berpatutan. Apple telah mencetuskan fenomena baru dengan Ipad 2 pada tahun ini. Itu sahaja dari saya pada masa ini. Terima kasih kerana membaca.
Related web:
SOURCE 1
SOURCES 2
SOURCE 3





No comments:
Post a Comment