Hari ini merupakan perlancaran bagi model acer yang terbaru, mempunyai ciri-ciri skrin sentuh yang boleh menandingi Ipad. Sejak kemunculan Ipad, semua jenama terkemuka sudah mengeluarkan tablet sendiri kerana Ipad telah mendapat sambutan yang menggalakan dari pembeli. Dahulunya, Ipad dikeluarkan hanya gadget yang digunakan untuk melayari internet dan juga membaca e-book. Tetapi sekarang, dengan munculnya jenama yang lain, tablet telah menjadi lebih meluas penggunaannya. Bukan sekadar melayari internet sahaja, tetapi anda boleh menggunakan tablet PC untuk membuat kerja dimana jua, dan boleh dijadikan telefon, boleh dijadikan GPS juga. Pelbagai jenis fungsi bagi tablet telah menarik ramai pembeli untuk memilikinya. Tidak hairan la sekiranya ramai yang tergila2 kan tablet sehingga sanggup untuk membelinya walaupun harga jauh lebih mahal dari Laptop atau PC.
Acer mensasarkan penjualan bagi setiap model yang dikeluarkan pada kali ini. Pada permulaannya, jenis2 model adalah:
1. Acer Iconia (RM3699.00)
2. Iconia Tab A100 (RM1299.00)
3. Iconia Tab A500
terdapat model lain juga yang tidak disenaraikan diatas, untuk maklumat lebih lanjut, mintak anda melayari di laman web acer Malaysia. Acer mensasarkan Acer Iconia mencecah penjualan 3000 unit sebulan, untuk model Iconia Tab A100 / A500 masing2 adalah 2000 unit sebulan. Angka ini tidak mustahil bagi Acer, kerana tablet PC semakin mendapat permintaan tinggi, maka harapan Acer Iconia mungkin bakal menjadi kenyataan.
Perlu diingat disini ialah, harga bagi setiap model adalah berbeza mengikut spesifikasi acer. Ini adalah kerana, bagi model acer, harga bergantung pada RAM, Harddisk, Grafik kad, chip pemprosessan dan lain. Itu sahaja dari saya pada kali ini. Terima kasih kerana membaca, sila beri sebarang komen sekiranya ada kekurangan.
ACER ICONIA
ICONIA TAB A100
ICONIA TAB W500
No comments:
Post a Comment