Friday, March 4, 2011

IPAD 2 DUAL CORE

Kepada semua penggemar Ipad, terbaru ada menyatakan yang Apple Ipad 2 yang terbaru mempunyai chip pemprosessan yang sempurna dan 9 kali lebih laju dari Ipad. Tidak dinafikan Apple cuba mempertingkatkan Ipad 2 supaya para peminat kali ini lebih berminat memiliki Apple dari jenama tablet lain. Disini saya ingin buat sedikit penerangan mengenai Ipad 2 punye pemprosessan.

Nama chip Ipad dua ialah "dual-core Cortex-A9", chip ini dapat berjalan dengan kelajuan 1GHz. Kelajuan ini adalah 9 kali lebih ganda dari Ipad lama. Dengan chip ini, Ipad 2 yang mempunyai banyak fungsi tidak akan mengganggu prestasinya. Selain itu, Ipad 2 juga dapat mengekalkan ketahanan baterinya dengan 10 jam walaupun menggunakan Facetime dan kamera di dalam fungsi Ipad 2.

Sekira kita bukak Ipad 2, rekaan kali ini adalah lebih compact, di mana bateri Ipad 2 telah dibesarkan dan dapat mengekalkan penggunaannya selama 10 jam walaupun diguna secara berterusan. Itu sahaja info dari saya pada kali ini, saya akan update yang terbaru. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment