Friday, March 4, 2011
SONY ERICSSON XPERIA FAMILY
Pada bulan lepas, sony ericsson telah mengeluarkan 4 jenis phone yang akan memasuki pasaran tidak lama lagi. Apa yang menarik pada kemunculan sony ericsson kali ini adalah menampilkan 4 jenis model yang berbeza dan lebih mantap untuk bersaing dengan model yang bakal dikeluarkan oleh pesaing mereka seperti Nokia, Samsung, Apple dan lain2. Antara model yang dikeluarkan adalah seperti senarai di bawah:
1. Sony Ericsson XPERIA Neo Spec
2. Sony Ericsson XPERIA Play Spec
3. Sony Ericsson XPERIA Pro Spec
4. Sony Ericsson XPERIA Arc Spec
Setiap model diatas mempunyai kelebihan tersendiri, bagi penggemar Sony Ericsson, semua model ini puas hati untuk dimiliki dan berbaloi untuk dibeli. Sebelum membeli, pastikan anda pikir ape penggunaan yang anda kehendaki, sekiranya tidak pikir dengan baik, anda akan rasa rugi membelinya.
Antara model yang mendapat liputan luas adalan Sony Ericsson XPERIA Play. Ini merupakan model Sony yang mempunyai chip pemprosessan yang berkebolehan memproses grafik tinggi. Model ini dapat memainkan game PSP, kelebihan yang dimiliki oleh XPERIA Play ini menyebabkan ramai peminat lebih foces kepada model ini. Target Sony adalah penggemar games, supaya mereka boleh memainkan permainan video mereka di mana jua anda berada. Model ini telah berjaya menggabungkan fungsi PSP dan handphone dalam satu model.
Selain itu, model XPERIA Arc juga mendapat liputan dari peminat, ini kerana model ini mempunyai software Android yang paling latest. Dengan adanya model XPERIA Arc ini, peminat boleh merakam video HD dengan menggunakan model ini. Model ini mempunyai 8MP serta chip yang berkuasa, kelebihan ini yang ditambah oleh sony telah menyebabkan model ini mungkin akan menggantikan Sony Ericsson XPERIA X10.
Pada tahun ini, mungkin Sony akan mengeluarkan smart phone yang bakal menyaingi jenama lain yang menggugat kedudukan Sony. Pada tahun lepas, sony telah jatuh dari senarai 5 ke atas phone yang terbaik di dunia. Kedudukan sony telah diambil alih oleh Jenama Apple yang telah mendapat sambutan baik dari seluruh dunia.
Sila ikuti sambungan untuk model seterusnya pada waktu seterusnya. Terima kasih kerana membaca.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment