Wednesday, April 6, 2011
SONY VAIO S SERIES (12 JAM KETAHANAN BATTERI)
Kepada semua pembaca blog saya, sila follow blog saya untuk mengetahui perkembangan terkini dunia teknologi pada hari ini dan masa hadapan. Berita terbaru yang saya peroleh dari sony vaio. Sony telah melancarkan model terbaru yang dikenali sebagai "S Series". Model ini mempunyai ketahanan bateri selama 12 jam penggunaan. Model ini mempunyai ketahanan bateri yang paling lama berbanding model sony vaio sebelum ini. Model ini juga lebih ringan kerana kerangka laptop ini diperbuat dari aluminium. Model ini bakal menarik peminat yang memerlukan laptop untuk penggunaan yang lama. Tidak dinafikan, model sebelum ini hanya mempunyai ketahanan selama 5 jam shaja, dgn model ini pengguna dapat menggunakannya sehari suntuk hanya dengan sekali cas sahaja.
Harga bagi model ini ialah RM3999.00. Para peminat boleh memilikinya dengan dua cara, pembayaran tunai atau pun kad kredit ansuran sebanyak RM334.00/bulan selama setahun. Model ini sudah berada dipasaran Malaysia sekarang. Sila kunjungi SONY STYLE atau SONY CENTER yang berhampiran untuk maklumat lanjut. Harga yang saya nyatakan bergantung pada spesifikasi yang disediakan untuk laptop tersebut. Itu sahaja perkembangan terbaru dari sony. Terima kasih kerana membaca.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment