Wednesday, April 6, 2011

TARIKH PENGELUARAN IPHONE 5 TIDAK DIUMUMKAN

Salam sejahtera kepada para pembaca blog saya. Tarikh pengumuman Iphone 5 pada mulanya dinyatakan pada bulan Jun ini sudah menjadi khabar angin yang tidak benar. Ini adalah kerana, terdapat pihak yang mengatakan iphone 5 mungkin akan dikeluarkan pada bulan september pula. Khabar angin mengatakan iphone 5 mempunyai bentuk model yang disaluti besi, kapasiti yang lebih besar, dan mempunyai kamera 8 megapixel. Selain itu, iphone 5 juga menggunakan chip pemprosessan dual core seperti Ipad 2. Semua ini hanya la khabar angin yang diwar-warkan oleh pihak tertentu sahaja. Bagaimanapun, untuk kepastian yang lebih lanjut, mari kita tunggu kemunculan Iphone 5 pada bulan jun atau september tahun ini.

Selain itu, apple juga bakal mengikat kontrak bersama sony untuk camera iphone 5 yang bakal dikeluarkan. Ini ada dinyatakan oleh persidangan apple baru2 ini, dan sony juga bakal membekalkan kamera yang berkualiti untuk iphone 5 dan kamera tersebut disertakan dengan teknologi camera cyber-shot sony yang terbaru dipasaran sekarang. Walaubagaimanapun, khabar ini masih belum mendapat kepastian kerana masih tiada tarikh sebenar untuk kemunculan iphone 5. Marilah sama2 kita menanti kemunculan iphone 5 pada jun dan september ini. Terima kasih kerana membaca.

No comments:

Post a Comment